Salam kawan-kawan! Hari ni saya nak ceritakan apa yang saya buat pada hari Jumaat, 25/3/2011. Mula-mula saya pergi Kelana Sentral untuk tengok apartment kat situ. Ingatkan nak pindah kat situ supaya apartment tu boleh dijadikan office jugak kerana ada 3 bilik dan 2 tandas. Apartment ni nampak cantik dan segala facilities condo ada, cuma dia tak furnish jelah. Sewa sebulan pulak RM1,600. So selepas tu saya terus ke ofis di Sri Hartamas dan menjemput rakan saya untuk temankan saya tengok studio apartment di Ritze Damansara Perdana pula. Wow apartment tu memang cantik dan bersih. Pertama sekali yang saya akan check adalah tandasnya. hehehe. Saya ni memang particular sikit kalau pasal tandas. Kalau tandas tu kotor dan tak cantik memang saya awal2 reject sesuatu tempat tu dan tak perlu fikir-fikir lagi. Apartment ni pulak fully furnished, ada peti ais, katil, wardrobe, tv, meja makan dan sebagainya. saya cuma perlu masuk bawak baju sahaja. Sewa dia pulak RM1,400. Saya pon tak tahu sekarang ni macam mana nak pilih waktu tu. Tapi saya cakap dengan owner tu bagi saya fikir dulu dan confirm dengan dia semula. Selepas itu, partner syarikat saya akan cuba dapatkan bilik belakang di ofis Sri Hartamas kami tu. Sekarang ni kami duduk di meja dan tak ada dalam specific room untuk kita. So kalau boleh kita nak bilik khas untuk kami jalankan bisnes kami dan juga senang untuk menyimpan barang.
Selepas itu, saya dan rakan saya Anna Suzana pergi ke IKEA untuk recce barang-barang untuk ofis disana. banyak juga barang-barang yang cantik dan murah disitu. Alangkah bestnyer kalau dapat terus beli semalam. Tapi malangnya belum dapat beli lagi sebab masing-masing tengah takde enough cash lagi masa tu. Almaklumlah, belum gaji lagi. Ada juga barang-barang yang saya boleh beli untuk rumah saya nanti. So lepas tu kami lunch kat IKEA, makan meatballs share 2 orang. Yummy sangat meatballs tu. Puas hati jugak dapat makan.
Aku tengah makan meatball (nasib sempat posing)
Selepas lunch kami jumpa partner saya Widya di Curve, bincang-bincang sikit pasal bisness kami dan kami decide untuk tidak sewa di apartment Kelana Sentral itu kerana worried tak dapat nak maintain sewa bulanan dia. Dengan itu kami harap sangat dapat ofis bilik belakang kat Sri Hartamas tu.
Selepas itu kami balik ke ofis, masa tengah on the way ke ofis brake kereta saya rasa macam tak makan. Saya pergi ke workshop yang dekat ngan ofis dan beli minyak brake. Pomen tu kata saya kena tukar brake pump kerana dah bocor. Saya macam tak percaya coz takut dia macam nak duit lebih dari saya. So saya tak pedulikan dia dan saya minta dia isi minyak brake tu dan saya beredar dari situ. Bila saya drive macam ok je.
Pada jam 6 petang, saya terus nak gerak balik umah. Waktu saya tengah drive ikut kerinchi link saya call sayang saya. Dia pula nak pergi ke Digital Mall. So saya pon join dia di sana. Saje je tengok-tengok all-in-one printer. tengok brand Epson, HP and Brother. So salesman tu pulak promote Epson printer tu. Brand tu save dari segi cartridge. Tak taulah nanti tengoklah macam mana nanti. Then sayang hantar saya ke stesyen LRT Taman Jaya. So saya turun di Stesyen Ampang dan terus naik cab ke Crowne Plaza Hotel to meet with my mom coz ada Nutrition Society Annual Dinner. Makanan dia sedap. Chinese set dinner plak tu. Memang my favourite. Waktu lucky draw the first person to cabut number was my mom Assoc. Prof. Dr Zaitun Yassin. Yang bestnyer waktu draw number my mom cabut nama dia sendiri. Hahaha. Dapatlah vitamin dari Appeton. Saya pulak dapat blender set with feeder brand Phillips. Oklah tu. But actually I was aiming for the HP / Brother all-in-one printer tu. Adusss.....kalau dapat tu memang ofis kita tak perlu keluar budget untuk all-in-one printer tu lagi. Takpelah mungkin bukan rezeki saya.
Dinner habis jam 11.00pm dan kami terus balik rumah kat Bandar Baru Bangi. Sampai rumah je saya terus bukak computer dan terus start first page blog saya ini. Tapi sebelum tu aku sempat lagi posing-posing guna camera mom aku. huhuhu.....inilah hasilnya....nampak kurus tak??
Saya harap kawan-kawan semua dapat tinggalkan comment disini. Terima kasih semua!
hehehehe wow bestnya ...hahahahahaha
ReplyDeletehehehe....best kan kak? nama akak pon ada kan? Bila nak makan lagi meatballs ni kak?
ReplyDelete